DANA “SCHOLARSHIP OF TEACHING AND LEARNING (SoTL)”
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN TAHUN 2019
Pembukaan |
9 Jun 2019 – 30 Jun 2019 |
Penghantaran Kertas Cadangan |
30 Jun 2019 |
Proses Penilaian |
7 – 11 Julai 2019 |
Kemaskini dan Pembetulan |
12 Julai – 18 Julai 2019 |
Perakuan dan Kelulusan Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan |
30 Julai 2019 |
Tempoh Penyelidikan |
Tidak melebihi 1 tahun |
Jumlah |
RM3,000 - RM20,000.00 |
PENGENALAN
Pusat Kecemerlangan Akademik & Pengantarabangsaan, UniSZA membuka permohonan geran penyelidikan SoTL bagi tahun 2019 kepada para penyelidik di Universiti Sultan Zainal Abidin mulai 9 Jun 2019.
Geran SoTL ini bertujuan untuk menggalakan penyelidikan berbentuk empirikal terhadap impak pendekatan atau inovasi pengajaran kepada pencapaian hasil pembelajaran di kalangan pelajar dalam usaha penambahbaikan berterusan ke arah amalan kualiti pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Kertas cadangan penyelidikan akan dinilai berdasarkan kejelasan dan kespesifikan pernyataan permasalahan, metodologi, dan kebolehlaksanaan projek berdasarkan kesesuaian masa dan bajet yang dipohon. Sasaran impak bilangan pelajar yang terlibat dalam penyelidikan juga memainkan peranan penting dalam pertimbangan oleh panel.
Keutamaan akan diberi bagi tujuan pencalonan Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2020.
SYARAT
Dana ini terbuka kepada staf akademik UniSZA yang mempunyai kelayakan sepertimana berikut:
- Pensyarah tetap atau pensyarah kontrak yang mempunyai kontrak sekurang-kurangnya 12 bulan perkhidmatan.
- Warganegara Malaysia
- Permohon dibenarkan mengetuai hanya SATU (1) projek penyelidikan SoTL sahaja pada sesuatu masa.
- Penyelidik yang sedang menjadi ahli projek penyelidikan SoTL yang belum tamat boleh memohon, namun keutamaan akan diberikan kepada pensyarah yang belum mendapat geran SoTL.
- Keanggotaan kumpulan penyelidik minimum 2 orang.
- Pensyarah yang sedang cuti belajar TIDAK DIBENARKAN untuk memohon atau menganggotai kumpulan penyelidik.
- Guru bahasa UniSZA tidak boleh mengetuai tetapi boleh menjadi ahli penyelidik.
- Panel penilai SoTL yang telah dilantik tidak boleh memohon geran SoTL bagi tahun tersebut, tetapi boleh menjadi ahli penyelidik.
Untuk pertanyaan lanjut berhubung geran ini, sila hubungi Dr. Suhailan bin Safei (Tel.: 09-668 8825 / Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.).
Pemohon perlu membuat permohonan SoTL menggunakan Borang Permohonan Dana SOTL.
Borang yang telah lengkap perlu dihantar ke Pusat Pengurusan Akademik & Pengantarabangsaan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2019 kepada urusetia SoTL, Pn. Azni Syarawati Binti Amran (Tel: 09-668 8807 / Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.), Pusat Pengurusan Kecemerlangan Akademik & Pengantarabangsaan.
Sekian, terima kasih.
Urusetia Geran SoTL
Pusat Pengurusan Kecemerlangan Akademik & Pengantarabangsaan
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak