SEJARAH PENUBUHAN
Pusat Pembangunan Akademik (CAD) telah ditubuhkan pada 01 Mac 2007 selaras dengan perkembangan dan pembangunan akademik yang pesat di UDM. Seramai 3 orang staf sokongan dan 4 orang staf Unit Teknologi Pendidikan daripada Sekolah Pengajian Pendidikan ( yang dibubarkan ) telah diserapkan ke pusat ini.
VISI
Menjadi pusat pembangunan pengajaran dan pembelajaran yang berupaya mengendalikan latihan dalam usaha meningkatkan keupayaan dan kemahiran modal insan.
MISI
Menyediakan kemudahan, aktiviti dan program sokongan bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, serta pembangunan profesional kakitangan akademik. Mengendalikan keperluan dan program bagi meningkatkan keterampilan pelajar dengan pelbagai kemahiran dan jati diri.
PERANAN
Pusat ini memainkan peranan yang penting dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan pelbagai bentuk perkhidmatan dan program latihan dalam usaha meningkatkan kompetensi dan profesionalisme staf akademik dan juga bakal graduan UniSZA. Di antara tanggungjawab dan peranan pusat ini ialah:
- Meningkatkan tahap kecekapan dan kompetensi staf akademik dalam pengajaran pembelajaran berkesan dan mutu perkhidmatan mereka.
- Merancang, melaksana dan menilai program latihan staf akademik dalam pengajaran dan pembelajaran
- Menjalankan penilaian ke atas kursus atau program latihan yang dilaksanakan.
- Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan asas untuk pengajaran dan pembelajaran serta penggambaran dan rakaman video.
- Merancang, mengurus dan menyediakan program latihan untuk fasilitator ( TOT ).
- Merangka dan menyediakan program latihan untuk meningkatkan kemahiran dan ketrampilan pelajar.
- Mengurus bililk-bilik kuliah, makmal bahasa dan peralatan pengajaran dan pembelajaran.