LAPORAN PEMBENTANGAN HASIL BENGKEL PEMBANGUNAN PAPANCERITA MOOC

Tajuk : Pembentangan Hasil Bengkel Pembangun Papancerita MOOC di UniSZA

Tempat : Dewan Seminar AqeL

Tarikh : 23 Julai 2017

Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang

Pembentangan hasil bengkel pembangunan papancerita MOOC ini dianjurkan oleh unit e-Pembelajaran di Pusat Kualiti Akademik dan e-Pembelajaran (AqeL). Hasil daripada bengkel pembangunan papancerita yang dilaksanakan pada 14 dan 15 Jun tempoh hari maka bengkel pembentangan ini telah dijalankan untuk melihat pencapaian yang telah dilaksanakan oleh pensyarah kursus yang terlibat.

              Bengkel yang dijalankan satu hari ini telah dikendalikan oleh seorang fasilitator dari FIK iaitu En. Sufian bin Mat Deris. Beliau telah memantau dan melihat keseluruhan papancerita yang dibentangkan oleh pensyarah kursus untuk dijadikan pengajaran dan pembelajaran atas talian (MOOC).

 

Masa

Aktiviti

8.00 am – 08.30 am

Pendaftaran

9.00 am – 1.00 pm

Sesi 1: Pembentangan Hasil Bengkel Papan Cerita

      i.        Workshop Technology

      ii.        Public Speaking

     iii.        Research Methodology

     iv.        Fiqah Perubatan

Fasilitator: En. Sufian bin Mat Deris

1.00 pm – 2.00 pm

Makan tengahari

2.00 pm – 5.00 pm

Sesi 2: Pembentangan Hasil Bengkel Papan Cerita

      i.        Kursus Tadabbur Al Quran

      ii.        Kursus Pengurusan Jenazah

     iii.        Kursus Bahasa Al Quran

Fasilitator: En. Sufian bin Mat Deris

5.00 pm

Minum Petang


Jadual 1: Tentatif Program

_DSC9710.JPG

_DSC9712.JPG

Gambar 1, 2 & 3: Dr Ruwaidy bin Mat Rasul, wakil pensyarah dari FRIT membentangkan hasil papancerita yang beliau laksanakan untuk pembangunan MOOC.

 

                Oleh yang demikian, hasil bengkel ini telah mencapai objektif dimana pensyarah kursus telah melakar plan papancerita secara keseluruhan dan memahami dengan lebih terperinci mengenai kursus MOOC yang bakal dibangunkan oleh mereka. Mereka juga telah bersedia untuk menjalani penggambaran menggunakan iStudio bagi memenuhi keperluan papancerita.

Sekian.

Web UniSZA MOOC UniSZA

JSN Pixel template designed by JoomlaShine.com

Hakcipta © 2017  |  Pusat Kualiti Akademik & e-Pembelajaran
Universiti Sultan Zainal Abidin,
21300 Kampus Gong Badak, Terengganu Darul Iman.