LAPORAN BENGKEL PENGGUNAAN ISTUDIO

Tajuk : Bengkel Penggunaan iStudio

Tempat : Dewan Seminar AqeL

Tarikh : 10 Julai 2017

Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang

Bengkel penggunaan iStudio adalah sebuah latihan yang dianjurkan oleh unit e-Pembelajaran di Pusat Kualiti Akademik dan e-Pembelajaran (AqeL). Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran menggunakan peralatan perisian iStudio kepada krew produksi teknologi maklumat di AqeL dan Pusat Teknologi Maklumat(PTM). Juga memberi pengetahuan kepada pensyarah kursus mengenai pelaksanaan iStudio. Bengkel yang dijalankan selama sehari ini telah dikendalikan oleh Mr Kelvin Ho dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah e-Pembelajaran, Dr Syarilla Iryani Ahmad Saany.

                Peserta-peserta yang telah hadir ke bengkel ini antaranya krew produksi daripada PTM dan beberapa pensyarah fakulti yang terlibat dengan pembangunan MOOC antaranya FRIT, FBK dan FKI serta dua orang pegawai daripada AQeL. Bengkel latihan ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu pada sebelah pagi, Mr Kelvin Ho hanya menerangkan secara teori pengenalan kepada penggunaan perisian iStudio kepada peserta. Manakala pada sebelah petang, peserta diberikan latihan dan sokongan teknikal mengenai cara memasang peralatan iStudio dan cara penggunaan perisian tersebut.

jadual.png

Jadual 1: Tentatif Program

IMG-20170710-WA0040.jpg

Gambar 1: Dr Syarilla Iryani memberi kata-kata aluan  kepada krew produksi dan peserta pembangun MOOC.

IMG-20170710-WA0042.jpg

Gambar 2: Mr Kelvin menerangkan pengenalan iStudio secara teori kepada peserta pembangun MOOC.

IMG20170710091034.jpg

Gambar 3: Mr Kelvin Ho menunjukkan cara pemasangan peralatan iStudio kepada peserta-peserta.

IMG-20170710-WA0044.jpg

Gambar 4: Antara peserta dari fakulti FRIT yang hadir.

IMG-20170710-WA0041.jpg

Gambar 5: Krew produksi dari PTM.

IMG20170710141037.jpg

Gambar 6: Cubaan memasang peralatan iStudio oleh En. Radzi Abdul Kadir daripada AQeL.

IMG-20170710-WA0037.jpg

Gambar 7: Antara peserta-peserta pembangun MOOC yang terlibat dengan bengkel penggunaan iStudio.

Gambar 8: Dr Sharifah Norshah Bani dan Dr Ahmed Alqodsi daripada FKI telah mencuba penggambaran

penggunaan iStudio di AqeL.

 

                   Oleh yang demikian, pelaksanaan bengkel ini adalah sangat penting untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara terbuka dan seterusnya memenuhi Lonjakan 9 : Pembelajaran dalam talian secara global, Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 2020. Syukur kehadrat Illahi bengkel ini telah berjalan dengan jayanya dan telah mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada pihak Aqel dan semua krew produksi.

Sekian.

Web UniSZA MOOC UniSZA

JSN Pixel template designed by JoomlaShine.com

Hakcipta © 2017  |  Pusat Kualiti Akademik & e-Pembelajaran
Universiti Sultan Zainal Abidin,
21300 Kampus Gong Badak, Terengganu Darul Iman.