LAPORAN BENGKEL KeLIP FAKULTI BIOSUMBER DAN INDUSTRI MAKANAN (FBIM) 2017

KeLIP merupakan satu platform yang digunakan di UniSZA dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan KeLIP perlu bagi mencapai pengajaran secara mod teradun atau blended mode di mana 30% daripada pembelajaran mestilah dikendalikan secara online. Sehubungan dengan itu para pensyarah perlu melengkapkan diri dengan kemahiran penggunaan KeLIP bagi memastikan proses pengajaran berjalan dengan lancar.

Satu bengkel KeLIP telah diadakan di Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM) pada 23 Julai 2017 bertempat di Makmal bioinformatik F6 FBIM. Bengkel ini dikendalikan oleh Dr Nornasuha Yusoff, wakil pakar KeLIP FBIM dan dibantu oleh ahli jawatankuasa Jaminan Kualiti dan e-Pembelajaran FBIM iaitu Dr Mohd Nizam Haron, Dr Noroul Asyikeen Zulkifli dan Dr Nguang siew Ing. Bengkel bermula pada pukul 2.30 petang dan seramai 25 pensyarah FBIM menghadiri bengkel tersebut (LAMPIRAN 1). Bengkel ini dibahagikan kepada 4 slot iaitu:

  • Penerangan item Pembelajaran Teradun
  • Memuatnaik bahan ke dalam KeLIP
  • Membangunkan aktiviti: Forum, Assignment dan Kuiz
  • Merangka penilaian dalam KeLIP

Bengkel berjalan dengan lancar dan pensyarah memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang bengkel berjalan. Bengkel KeLIP tamat pada pukul 4.30 petang.

Dilaporkan oleh,                                                                                                                                               30 Julai 2017

DR MOHD NIZAM HARON

Penyelaras

Jaminan kualiti dan e-Pembelajaran FBIM

LAMPIRAN 1

Web UniSZA MOOC UniSZA

JSN Pixel template designed by JoomlaShine.com

Hakcipta © 2017  |  Pusat Kualiti Akademik & e-Pembelajaran
Universiti Sultan Zainal Abidin,
21300 Kampus Gong Badak, Terengganu Darul Iman.