Massive Open Online Course (MOOC) adalah adalah model untuk menyampaikan kandungan pembelajaran secara atas talian kepada sesiapa sahaja yang ingin mengikuti kursus dengan tanpa had. Ia juga sebagai tambahan kepada bahan kursus pembelajaran seperti kuliah, pembacaan, dan sebagainya. MOOCs menyediakan forum pengguna interaktif untuk menyokong interaksi masyarakat di kalangan pelajar, profesor, dan pembantu pengajar. MOOCs adalah perkembangan terbaru dalam pendidikan jarak jauh yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 dan muncul sebagai mod pembelajaran popular pada tahun 2012.

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA-MOOC) adalah salah satu medium untuk UniSZA menjadi institusi pendidikan tinggi yang berkaitan dengan kepakaran akademik dan penyelidikannya, terutamanya dalam bidang khusus seperti Teknologi dan Penyelidikan. UniSZA MOOCs digunakan sebagai pendekatan pembelajaran di institusi pengajian tinggi untuk melengkapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional. Ia mampu melahirkan institusi pengajian tinggi berdaya saing dalam berinovasi ke peringkat dunia.

Sertai kursus UniSZA-MOOC sekarang.

https://www.openlearning.com/UNiSZAMOOC

Web UniSZA MOOC UniSZA

JSN Pixel template designed by JoomlaShine.com

Hakcipta © 2017  |  Pusat Kualiti Akademik & e-Pembelajaran
Universiti Sultan Zainal Abidin,
21300 Kampus Gong Badak, Terengganu Darul Iman.