DSC0362

Gambar2 Bengkel KeLiP

Bengkel Pengimplementasian Mod Teradun Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran anjuran Fakulti Kesihatan. Bengkel selama dua hari ini diadakan pada 9 & 16 Mac 2017 bertempat di Makmal Komputer Perpustakaan UniSZA
Fb icon
1

MOOC Dan Menteri Pendidikan Tinggi.

Sempena lawatan lawatan tapak projek pembangunan Hospital Pengajar UniSZA Yg Berhormat Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia singgah sebentar di booth pameran MOOC UniSZA.
Fb icon
UniCEL 2017

UniCEL 2017

Fb icon

e-Learning Carnival 2017 (eLC2017) adalah sebuah program yang dianjurkan oleh Pusat Sumber dan Teknologi Pembelajaran (PSTP), Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM). eLC2017 bertindak sebagai platform untuk mempromosikan, meneroka dan berkongsi amalan terbaik dan kepakaran global dalam aplikasi e-Pembelajaran di institusi-institusi pengajian tinggi. Program yang berlangsung selama sehari ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia yang bertempat di Dewan UTeM 1, Kampus Teknologi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) pada 27 Julai 2017.

 

UniSZA telah menghantar sebanyak enam (6) penyertaan bagi kategori pertandingan inovasi dalam e-pembelajaran. Pusat Kualiti Akademik & e-Pembelajaran (AQeL) sekali lagi menjadi urusetia untuk program ini untuk memastikan segala persediaan berkaitan dengan penyertaan eLC 2017 berjalan lancar. UniSZA telah berjaya membawa pulang lima (5) perak dan satu (1) gangsa bagi enam (6) penyertaan tersebut.

 

IMG 20170730 WA0001

Dr Nurulhuda binti Mat Hassan(kanan), Fakulti Perubatan bersama pengarah AQeL,

Dr Sharifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa.

 Antara pingat perak yang berjaya diperolehi daripada peserta penyelidikan inovasi dalam e-pembelajaran ialah Dr Nurulhuda binti Mat Hassan daripada Fakulti Perubatan dengan tajuknya Enhancing Reflective Writing through E-Learning in Undergraduate Medical Education. Penyelidikan ini merupakan pada dasarnya bagaimana e-pembelajaran boleh digunakan untuk meningkatkan pembelajaran reflektif dan keberkesanannya untuk meningkatkan prestasi pelajar.

Seterusnya, pingat perak yang diperolehi oleh peserta ialah Dr Ahmed S.A Alqodsi bersama pasangannya Dr Sharifah Norshah Bani binti Syed Bidin dengan tajuk penyelidikan Faham Fiqh Al-Aqsa (FAQ). Penyelidikan ini menyediakan satu medium e-pembelajaran berkaitan masjid  al-Aqsa dengan berkonsepkan diskusi pakar, iaitu soal jawab yang berfokuskan kepada soalan-soalan popular yang selalu ditimbulkan dalam masyarakat.

 Dr Ahmed S.A Alqodsi bersama pasangannya Dr Sharifah Norshah Bani binti Syed Bidin

menerangkan hasil penyelidikan kepada ahli panel

              

IMG20170727112052              Pingat perak yang berjaya diraih seterusnya ialah peserta dari Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), YBrs Prof Dr. Zuhairah Ariff Abd Ghadas namun diwakilkan oleh pelajarnya Encik Shahril Nizam Md Radzi dengan membawa tajuk penyelidikan Malaysia E-Commercial Law App (ME-C). Penyelidikan berasaskan aplikasi mudah alih ini mengandungi keseluruhan peruntukan undang-undang komersial seperti Akta Sewa Beli 1967, Akta Jualan Barang 1957 serta Akta Pertukaran dan Perlindungan Pengguna 1999.

 

 

 

 

 

 

 

En. Shahril Nizam Md Radzi bersama poster beliau dengan tajuk ME-C.

  

  Penyertaan keempat yang memperoleh pingat perak diperolehi oleh Dr Mohd Hilmi bin Abu Bakar dari Fakulti Sains Kesihatan dengan tajuknya Cytorapid: A Simple Diagnosis Approach for Non-Gynaecological SampleBeliau dan ahli penyelidikannya berpendapat bahawa penggunaan saline normal sebagai alternatif kepada HBSS adalah lebih baik untuk penyediaan sampel peritoneal dan pleura. Untuk  tambahan kepada kos efektif, saline normal menghasilkan hasil yang lebih baik daripada HBSS. Kesimpulannya, inovasi penyediaan sampel di laboratorium sitologi HSNZ meningkatkan kemahiran makmal di kalangan pelajar sarjana muda dan meningkatkan diagnosis klinikal. C360 2017 07 30 15 23 31 276

    Dr Mohd Hilmi bin Abu Bakar dari FSK.

 

IMG20170727112251          Pingat perak yang kelima pula diperolehi oleh Encik Mohd Kamir bin Yusof daripada Fakulti Informatik dan Komputeran dengan membawa tajuk penyelidikan Online Test Application using M-Gram Algorithm. Penyelidikan ini mengenai aplikasi Ujian Dalam Talian dibangunkan berdasarkan Algoritma M-Gram. Aplikasi ini menyediakan platform kepada pelajar untuk menjawab ujian dalam talian. Melalui aplikasi ini, tutor atau ahli akademik boleh membuat soalan dan pelajar boleh menjawab ujian dalam talian di mana-mana pada  masa tertentu. Algoritma M-Gram digunakan untuk mengira skor untuk setiap pelajar. Tugas utama algoritma M-Gram adalah menyemak kata kunci urutan yang dimasukkan oleh tutor atau ahli akademik dan bandingkan dengan jawapan pelajar. Kaedah ini dapat membantu ahli akademik dalam proses penilaian. Walau bagaimanapun, ahli akademik masih boleh mengubah nilai jika perlu. Aplikasi ini sememangnya boleh membantu ahli akademik dalam proses penilaian terutamanya melibatkan ramai pelajar.

 

 

En. Mohd Kamir (kanan) daripada FIK bersama panel penilai.

 

 

Manakala satu (1) pingat gangsa pula diperolehi oleh Dr Mohd Nizam bin Haron bersama ahli penyelidikannya Encik Ahmad Hanafi bin Sulong dengan tajuk penyelidikan Application of e-Poster in Teaching and LearningPenggunaan e-Poster merupakan satu medium penyampaian maklumat yang cepat, ringkas dan padat. Ia dapat menambahkan lagi nilai sesuatu poster dimana maklumat yang ditambah menjadi lebih menarik dan interaktif. Dengan menggunakan e-Poster ia boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik. IMG 20170727 WA0015

 Dr. Mohd Nizam bin Haron(kanan) bersama ahli pasukan Encik Ahmad Hanafi bin Sulong

 

Pihak pengurusan UniSZA mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah serta ucapan terima kasih kepada seluruh delegasi yang telah bertungkus lumus serta bekerja keras bagi menjayakan program karnival e-pembelajaran di UTeM ini dalam menaikkan dan mengharumkan nama UniSZA.

 

Mutiara Kata

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata:
Nabi saw. bersabda: Islam dibangun di atas lima perkara, mengesakan Allah, mendirikan salat, membayar zakat, puasa Ramadan dan menunaikan haji

Program & Aktiviti

Sep
26

09.26.2017 - 09.27.2017

Web UniSZA MOOC UniSZA

JSN Pixel template designed by JoomlaShine.com

Hakcipta © 2017  |  Pusat Kualiti Akademik & e-Pembelajaran
Universiti Sultan Zainal Abidin,
21300 Kampus Gong Badak, Terengganu Darul Iman.