DSC0362

Gambar2 Bengkel KeLiP

Bengkel Pengimplementasian Mod Teradun Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran anjuran Fakulti Kesihatan. Bengkel selama dua hari ini diadakan pada 9 & 16 Mac 2017 bertempat di Makmal Komputer Perpustakaan UniSZA
Fb icon
1

MOOC Dan Menteri Pendidikan Tinggi.

Sempena lawatan lawatan tapak projek pembangunan Hospital Pengajar UniSZA Yg Berhormat Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia singgah sebentar di booth pameran MOOC UniSZA.
Fb icon
UniCEL 2017

UniCEL 2017

Fb icon

19402735 10211983959547538 28841368 oPusat Kualiti Akademik & e-Pembelajaran (AQeL) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Papancerita Massive Open Online Course (MOOC) UniSZA pada 14 hingga 15 Jun 2017, bertempat di Dewan Panca Delima AQeL, Kampus Gong Badak, UniSZA. Bengkel ini dikendalikan oleh panel jemputan AQeL iaitu En. Mohd Sufian bin Mat Deris dari Fakulti Informatik dan Komputeran. Seramai 20 orang peserta yang merupakan pembangun MOOC 2017 yang dilantik telah hadir untuk memberi komitmen dalam membangunkan kursus-kursus yang akan ditawarkan dalam bentuk MOOC.

Objektif bengkel ini diadakan bertujuan untuk merangka pelan pembangunan sebelas (11) kursus MOOC serta menyediakan papancerita pembangunan kursus MOOC bagi tahun 2017. Antara kursus yang bakal dibangunkan secara MOOC pada tahun 2017 adalah seperti yang tertera di Jadual 1:

Bil

Kursus MOOC

Fakulti/PTj

1.

Al-Tasawwuf al-mukaran

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam

2.

Workshop Technology

Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi

3.

Public Speaking

Fakulti Bahasa dan Komunikasi

4.

Research Methodology

5.

Fiqah Perubatan

Fakulti Perubatan

6.

Tadabbur Al-Quran

Pusat Islam

7.

Pra Perkahwinan

8.

Pengurusan Penyembelihan

9.

Pengurusan Jenazah

10.

Kursus Bahasa Al-Quran

Pusat Pendidikan Berterusan

11

Quality Assurance In Diagnostic Radiography

Fakulti Sains Kesihatan

 

 

Perlaksanaan bengkel ini adalah sangat penting untuk memenuhi Lonjakan 9 iaitu Pembelajaran dalam talian secara global bagi Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015- 2025. Diharapkan, bengkel ini dapat membantu pembangun MOOC 2017 UniSZA dalam menawarkan kursus-kursus ini secara dalam talian, tanpa sempadan, di mana sahaja dan bila-bila masa.

Mutiara Kata

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata:
Nabi saw. bersabda: Islam dibangun di atas lima perkara, mengesakan Allah, mendirikan salat, membayar zakat, puasa Ramadan dan menunaikan haji

Program & Aktiviti

No events found

Web UniSZA MOOC UniSZA

JSN Pixel template designed by JoomlaShine.com

Hakcipta © 2017  |  Pusat Kualiti Akademik & e-Pembelajaran
Universiti Sultan Zainal Abidin,
21300 Kampus Gong Badak, Terengganu Darul Iman.