DSC0362

Gambar2 Bengkel KeLiP

Bengkel Pengimplementasian Mod Teradun Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran anjuran Fakulti Kesihatan. Bengkel selama dua hari ini diadakan pada 9 & 16 Mac 2017 bertempat di Makmal Komputer Perpustakaan UniSZA
Fb icon
1

MOOC Dan Menteri Pendidikan Tinggi.

Sempena lawatan lawatan tapak projek pembangunan Hospital Pengajar UniSZA Yg Berhormat Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia singgah sebentar di booth pameran MOOC UniSZA.
Fb icon
UniCEL 2017

UniCEL 2017

Fb icon

UniCEL 2017Karnival e-Pembelajaran UniSZA (UniCeL 2017) yang berlangsung pada 3 hingga 4 Mei yang lepas telah berjaya menghimpunkan sebanyak 35 produk untuk dipertandingkan dalam kategori Invention, Innovation and Design on e-Learning (IIDeL). UniCeL 2017 yang dianjurkan oleh Pusat Kualiti Akademik dan e-Pembelajaran (AQeL) dengan kerjasama penuh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) adalah karnival yang julung kali diadakan dan akan menjadi salah satu acara tahunan UniSZA. Karnival ini turut memberi penghargaan kepada pensyarah yang terlibat dalam pembangunan Massive Online Open Course (MOOC) 2015 dan 2016,  dan anugerah turut diberikan kepada beberapa kategori iaitu MOOC terbaik 2015 dan 2016, Open CourseWare (OCW) terbaik, kursus teradun terbaik menggunakan KeLIP Semester I Sesi 2016/2017 dan juga anugerah fasilitator terbaik. Karnival selama dua hari itu juga turut dimeriahkan dengan penyertaan daripada pembekal peralatan berkaitan pembelajaran dalam talian dan teknologi ICT. Pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah berhampiran dan staf serta pelajar UniSZA sendiri teruja dengan teknologi berkaitan ICT yang dipamerkan. Antara pembekal yang terlibat adalah OpenLearning Global Malaysia, IT Solution Sdn. Bhd dan MULTADA Sdn. Bhd. Manakala pembekal alatan ICT terdiri daripada LIEOS Teknologi Sdn. Bhd. dan Ram Era Teknologi telah sama-sama memeriahkan UniCeL 2017.

Karnival yang dirasmikan oleh Prof. Ir. Dr. R. Badlishah Bin Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) itu diharap dapat dijadikan sebagai satu platform dalam memberi pendedahan dan menggalakkan warga akademik untuk berkarya  dalam menghasilkan pembangunan, inovasi dan reka bentuk  berteraskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan terknologi terkini. UniCeL 2017 juga dilihat sebagai satu medium untuk mengetengahkan serta mempamerkan hasil inovasi PdP kepada masyarakat umum dan diharap produk tersebut dapat dibawa ke pertandingan e-Pembelajaran diperingkat Kebangsaan dan Antarabangsa. 

Pertandingan IIDeL yang disertai oleh hampir keseluruhan fakulti di UniSZA itu telah dinilai oleh juri yang terdiri daripada ahli Majlis Ketua-ketua e-Pembelajaran Universiti Awam Malaysia (MeIPTA). Fakulti Informatik dan Komputeran adalah fakulti yang paling banyak menghantar penyertaan dengan 16 penyertaan, diikuti oleh Fakulti Bahasa dan Komunikasi dengan  empat (4) penyertaan, tiga (3) penyertaan  dari Fakulti Perubatan.  Fakulti Farmasi, Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Sains Sosial dan Gunaan,  Fakulti Biosumber dan Industri Makanan,  Fakulti Kontemporari Islam dan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan  masing-masing menghantar dua (2) penyertaan. Manakala satu (1) penyertaan dari Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa. Kriteria yang dinilai dalam pertandingan ini adalah keaslian, krativiti, nilai tambah kepada proses pembelajaran dan pengajaran, praktikal, bukti penerbitan sama ada di dalam majalah, akbhar, artikel, journal dan sebagainya, pembentangan dan kandungan dan rekabentuk poster.  Fakulti Informatik dan Komputeran memungut empat (4) emas, empat (4) perak dan tujuh (7) gangsa. Fakulti Bahasa dan Komunikasi mendapat dua (2) emas, manakala Fakulti Sains Sosian Gunaan memungut satu (1) emas dan satu (1) perak manakala Fakulti Perubatan memperolehi satu (1) emas. Fakulti Biosumber dan Industri Makanan, Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan masing-masing memungut satu (1) pingat perak dan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam memperolehi satu (1) pingat gangsa.

Mutiara Kata

Daripada Abu Hurairah r.a berkata:
Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah kebaikan padanya sudah tentu Allah menjadikannya seorang yang mengerti dengan hal-hal agama”

Program & Aktiviti

No events found

Web UniSZA MOOC UniSZA

JSN Pixel template designed by JoomlaShine.com

Hakcipta © 2017  |  Pusat Kualiti Akademik & e-Pembelajaran
Universiti Sultan Zainal Abidin,
21300 Kampus Gong Badak, Terengganu Darul Iman.