PENGENALAN

Karnival e-Pembelajaran (UniCeL) adalah sebuah program tahunan dalam takwim AQeL yang bermula pada tahun ini (UniCeL 2017). UniCeL dapat dijadikan sebagai satu platform dalam memberi pendedahan dan menggalakan warga akademik untuk berkarya dalam menghasilkan inovasi-inovasi berteraskan PdP bagi meningkatkan kualiti PdP warga akademik UniSZA. UniCeL juga dilihat sebagai satu medium untuk mengetengahkan serta mempamerkan hasil inovasi PdP kepada masyarakat umum.

 

LATAR BELAKANG 

  1. Inovasi dalam PdP merupakan satu aspek yang diberi penekanan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015 – 2025 yang antara lain bertujuan mentransformasikan dan meningkatkan standard pendidikan tinggi negara. Lonjakan 10: 4 Pembelajaran Dalam Talian Secara Global khususnya menumpukan kepada transformasi dan kepelbagaian pengalaman pengajaran dan pembelajaran dan juga peningkatan akses kepada pendidikan melalui inovasi dan pendidikan terbuka dalam talian. UniSZA melalui AQeL sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada warga akademik untuk meningkatkan kepelbagaian dan inovasi dalam PdP. Sasaran penyertaan adalah daripada pihak-pihak seperti tersenarai di bawah:
    1. Warga akademik dan penyelidik UniSZA
    2. Pelajar UniSZA.
    3. Warga akademik, penyelidik dan pelajar jemputan daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
    4. Pihak industri
    5. Para pelajar sekolah Terengganu Utara
    6. Masyarakat setempat
  2. Program UniCeL melibatkan aktiviti yang mengetengahkan dan mempamerkan hasil inovasi berteraskan PdP para warga akademik dan penyelidik serta pelajar UniSZA kepada komuniti setempat.
  3. Program UniCeL turut memfokuskan pertandingan inovasi, selain ucaptama daripada Keynote Speaker jemputan, pameran serta gerai jualan produk UniSZA yang berkaitan dengan teknologi dan pendidikan

Web UniSZA MOOC UniSZA

JSN Pixel template designed by JoomlaShine.com

Hakcipta © 2017  |  Pusat Kualiti Akademik & e-Pembelajaran
Universiti Sultan Zainal Abidin,
21300 Kampus Gong Badak, Terengganu Darul Iman.