Bahagian ini menyelaras dan memantau pembangunan dan pengembangan program akademik selari dengan polisi pendidikan tinggi semasa dan standard MQA.
e-Learning atau e-Pembelajaran secara umum didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen elektronik. Secara khusus, e-learning boleh dikatakan sebagai empowered learning yang mana proses pembelajaran diperkasakan tanpa sempadan (anywhere, anytime) dan terbuka kepada sesiapa sahaja (anyone) melalui inovasi dan teknologi terkini.
Sejarah COMAEI
Pusat Pembangunan Akademik (CAD) telah ditubuhkan pada 01 Mac 2007 selaras dengan perkembangan dan pembangunan akademik yang pesat di Universiti Darul Iman (UDM). Seramai 3 orang staf sokongan dan 4 orang staf Unit Teknologi Pendidikan daripada Sekolah Pengajian Pendidikan (yang dibubarkan) telah diserapkan ke pusat ini.
Bermula pada 2 Februari 2013 CAD telah di tukarkan nama kepada Pusat Pengurusan Bakat dan Kualiti Akademik (CTMAQ) hasil gabungan dua pusat tanggungjawab iaitu Unit Jaminan Kualiti dan Pusat Pembangunan Akademik.
Sejurus itu, pada tahun 2016, CTMAQ telah ditukarkan kepada nama AQeL iaitu Academic Quality and e-Learning Centre atau nama bahasa melayunya Pusat Kualiti Akademik dan e-Pembelajaran. Pusat ini mempunyai tiga bahagian unit; masing-masing ialah Unit Kualiti Akademik yang terdiri daripada 5 orang staf, unit e-Pembelajaran yang terdiri daripada 6 orang staf dan Unit Pembangunan Akademik yang mempunyai seorang staf.
Bermula Mei 2019, AQeL telah digabungkan dengan Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) dan Pusat Antarabangsa di bawah satu pusat yang dinamakan sebagai Pusat Pengurusan Kecemerlangan Akademik & Pengantarabangsaan, atau Center for Management of Academic Excellence and Internationalization (COMAEI).
Kemudahan-kemudahan atau fasiliti di Bahagian Teknologi pendidikan & Inovasi Akademik (TIA).
1. Bilik iStudio
2. Bilik Makmal Komputer COMAEI
Hadis Riwayat At Tirmizi, daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang yang berilmu itu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya sehingga adalah kesudahannya itu di dalam syurga”.
Anda ada masalah berkaitan e-Pembelajaran seperti MOOC, e-KeLIP & Livereport ? Adukan masalah anda di borang ini.
Pusat Pengurusan Kecemerlangan Akademik & Pengantarabangsaan (COMAEI)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
Kampus Gong Badak
21300 Kuala Nerus, Terengganu
Tel : 09-668 7971/8309/8807
E-mail : aqel@unisza.edu.my