LAPORAN BENGKEL PEMBANGUNAN PAPANCERITA MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC)
Tajuk : Bengkel Pembangunan Papancerita MOOC di UniSZA
Tempat : Dewan Seminar AqeL
Tarikh : 14 – 15 Jun 2017
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Bengkel pembangunan papancerita MOOC adalah sebuah program yang dianjurkan oleh unit e-Pembelajaran di Pusat Kualiti Akademik dan e-Pembelajaran (AqeL). Bengkel ini bertujuan untuk memberi pengenalan kepada pensyarah kursus yang terlibat mengenai pengajaran dan pembelajaran (PdP) atas talian atau dikenali sebagai Massive Open Online Course (MOOC) seterusnya cara melakar plan papancerita untuk dijadikan bahan PdP.
Bengkel yang dijalankan selama dua (2) hari ini telah dikendalikan oleh seorang fasilitator iaitu En. Suffian bin Mat Deris, pensyarah daripada Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK). Bengkel ini juga telah dirasmikan oleh Pengarah Aqel, Dr. Syarifah Wajihah Wafa binti Syed Saadun Tarek Wafa.
Seramai dua puluh lima (25) peserta yang telah hadir ke bengkel ini antaranya daripada pensyarah fakulti yang terlibat dalam pembangunan MOOC antaranya FRIT, FBK, FKI, FP dan Pusat Islam serta dua orang urusetia daripada AQeL. Hari pertama bengkel ini adalah dengan memulakan taklimat perancangan pembangunan kursus MOOCs dan papancerita serta cara penyediaan perancangan pembangunan kursus MOOCs dan papancerita. Manakala hari kedua bengkel adalah sambungan cara penyediaan perancangan pembangunan kursus dan papancerita dan pembentangan daripada setiap pensyarah.
Jadual 1 berikut adalah senarai peserta atau kursus yang terlibat dengan pembangunan MOOCs:
Bil |
Nama Pensyarah |
Jawatan |
Nama Kursus |
Fakulti |
1. |
Prof. Madya Dr. Syed Hadzrullathfi Bin Syed Omar |
Pensyarah |
Al-Tasawwuf al-mukaran |
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam |
2. |
Dr. Ruwaidy bin Mat Rasul |
Pensyarah |
Workshop Technology |
Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi |
3. |
Mohamad Sobri Bin Abu Bakar |
Karyawan Tamu |
||
4. |
Pn. Mahani Bt Mohamad |
Pensyarah |
Public Speaking |
Fakulti Bahasa dan Komunikasi |
5. |
En. Ahmad Taufik Hidayah bin Abdullah |
Pensyarah |
||
6. |
Pn. Nor Jijidiana binti Azmi |
Pensyarah |
||
7. |
Dr. Radzuwan Ab Rashid |
Pensyarah |
Research Methodology |
|
8. |
Pn. Zailani binti Jusoh |
Pensyarah |
||
9 |
Dr. Nurazan binti Mohmad Rouyan |
Pensyarah |
||
10. |
Prof. Dr. Harmy Bin Mohamed Yusoff |
Pensyarah |
Fiqah Perubatan |
Fakulti Perubatan |
11. |
Dr. Wan Mohd Razin Bin Wan Hassan |
Pensyarah |
||
12. |
Dr. Salman Bin Amiruddin |
Pensyarah |
||
13. |
Dr. Hj. Khairi Bin Che Mat |
Pensyarah |
||
14. |
Dr. Mohd. Shafiee Bin Hamzah |
Pensyarah |
Kursus Tadabbur Al-Quran |
Pusat Islam |
15. |
Dr. Anas Bin Mohd Yunus |
Pensyarah |
||
16. |
Wan Saifuldin Bin W Hassan |
Pensyarah |
||
17. |
Zulkeefli Bin Awang |
Pensyarah |
||
18. |
Wan Fajrulhisyam Bin Wan Abdullah |
Pensyarah |
||
19. |
Wan Saifuldin Bin W Hassan |
Pensyarah |
Kursus Pengurusan Jenazah |
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam |
20. |
Ahmad Tirmizi Bin Taha |
Pensyarah |
||
21. |
Ahmad Shaharuddin Bin Tahar |
Pensyarah |
||
22. |
Mohd Ali Bin Mohd Yusof |
Pensyarah |
||
23. |
Siti Khatijah Binti Ismail |
Pensyarah |
||
24. |
Ramlah Binti Mat Ali |
Pensyarah |
||
25. |
Dr. Muhamad Zaid Bin Ismail |
Pensyarah |
Kursus Bahasa Al-Quran |
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam |
Jadual 1: Senarai peserta MOOCs.
Jadual 2 & 3 menunjukkan tentatif program selama 2 hari.
Tarikh: 14 Jun 2017 (Rabu)
Masa |
Aktiviti |
8.00 am – 08.30 am |
Pendaftaran |
8.30 am – 1.00 pm |
Sesi 1: Taklimat Perancangan Pembangunan Kursus MOOCs dan Papancerita Fasilitator: En. Sufian bin Mat Deris |
1.00 pm – 2.00 pm |
Makan tengahari |
2.00 pm – 5.00 pm |
Sesi 2: Penyediaan Perancangan Pembangunan Kursus MOOCs dan Papancerita Fasilitator: En. Sufian bin Mat Deris |
5.00 pm |
Minum Petang |
Jadual 2 : Hari Pertama Bengkel Pembangunan MOOC dan Papancerita
Tarikh: 15 Jun 2017 (Khamis)
Masa |
Aktiviti |
8.00 am – 08.30 am |
Pendaftaran |
8.30 am – 1.00 pm |
Sesi 3: Sambg. Taklimat Perancangan Pembangunan Kursus MOOCs dan Papancerita Fasilitator: En. Sufian bin Mat Deris |
1.00 pm – 2.00 pm |
Makan tengahari |
2.00 pm – 5.00 pm |
Sesi 4: Pembentangan Pembangunan MOOCs dan Papancerita. Fasilitator: En. Sufian bin Mat Deris |
5.00 pm |
Minum Petang |
Jadual 3 : Hari Kedua Bengkel Pembangunan MOOC dan Papancerita
Gambar 1: Pengarah Aqel, Dr Sharifah Wajihah Wafa memberikan kata-kata aluan kepada peserta pembangun MOOCs.
Gambar 2, 3 & 4 : En. Suffian Mat Deris memberi taklimat perancangan dan penyediaan pembangunan kursus MOOCs dan papancerita.
Gambar 4 : En. Suffian Mat Deris menunjukkan contoh pembangunan MOOCs sesi 2015/2016 yang telah lengkap dibangunakan.
Pelaksanaan bengkel ini adalah sangat penting untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara terbuka dan seterusnya memenuhi Lonjakan 9 : Pembelajaran dalam talian secara global, Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2020. Syukur kehadrat Illahi bengkel ini telah berjalan dengan jayanya dan telah mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada pihak Aqel dan semua pensyarah kursus.