LAPORAN BENGKEL PENILAIAN PEMBELAJARAN MELALUI KELIP DI FUHA

6 OGOS 2017

Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa  (FUHA) dengan kerjasama Pusat Kualiti Akademik dan e-Pembelajaran (AQeL) UniSZA telah menganjurkan Bengkel Penilaian Pembelajaran Melalui KELIP pada 6 Ogos 2017.  Bengkel sehari ini telah diadakan di Makmal Komputer FUHA di Blok Abu Bakar dan dihadiri oleh para pensyarah  daripada Pusat Pengajian Undang-undang dan Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa FUHA. Bengkel ini telah dikendalikan oleh fasilitator KELIP UniSZA, Puan Fatimah Ghazali yang juga merupakan Penyelaras e-Pembelajaran AQel. Bengkel ini dimulakan dengan fasilitator menerangkan pencapaian fakulti dalam aspek KPI e-Pembelajaran sepanjang 2016 yang lalu; usaha yang perlu ditingkatkan untuk memperbaiki pencapaian di tahun semasa; dan mod ‘blended’ yang perlu ada dalam setiap kursus KELIP. Objektif utama bengkel ini adalah untuk merangka aktiviti penilaian dalam KELIP; menilai aktiviti yang telah dibuat oleh pelajar; dan menghasilkan laporan markah melalui KELIP.

Pihak pengurusan FUHA dan para peserta bengkel ini amat berterima kasih kepada AQeL UniSZA, terutamanya Puan Fatimah Ghazali kerana membimbing dan membantu para pensyarah FUHA membangun dan menambahbaik kursus-kursus FUHA dalam KELIP untuk memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran di FUHA.

 

Pelawat

We have 16 guests and no members online

Pautan Pantas

 

unisza2
portal

ekelip

livereport

borangaduan

MOOC2

pta2

apms

 

 


Muat turun Aplikasi Mobile KeLIP

kelipgoogleplay

Hubungi Kami


Pusat Pengurusan Kecemerlangan Akademik & Pengantarabangsaan (COMAEI)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Kampus Gong Badak

21300 Kuala Nerus, Terengganu

Tel     : 09-668 7971/8309/8807

E-mail : aqel@unisza.edu.my