Fungsi dan Peranan dalam AQeL

Bahagian e-Pembelajaran

e-Pembelajaran dapat didefinisikan sebagai satu proses pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen elektronik bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran. e-Pembelajaran ini secara langsung membolehkan proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa mengira jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Melalui e-pembelajaran, pelajar dapat mengamalkan pembelajaran yang berterusan di samping berupaya menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan kerana ia mengandungi teks, animasi, grafik, audio dan video yang menarik. Tambahan pula kemudahan untuk perbincangan atas talian dan bantuan professional untuk isi kandungan juga disediakan sebagai pendekatan kepada pendidikan, latihan dan maklumat yang lebih berstruktur dan bersepadu. Selain itu, e-pembelajaran ini juga sangat membantu dalam proses pembentukan pembelajaran sepanjang hayat seperti yang diharapkan oleh dasar pendidikan negara kita.

  • Mengandungi 3 fungsi 
  1. Sistem Knowledge and e-Learning Integrated Platform (KeLIP)
  • Berperanan untuk mendaftar kursus dan membuat penetapan profil untuk pelajar-pelajar.
  • Memuat naik/turun tugasan yang diberi oleh pensyarah melalui KeLIP.
  • Sebagai interaksi antara pelajar-pelajar dan pensyarah berkaitan kursus yang telah didaftarkan dengan menggunakan forum interaktif.
  1. Massive Open Online Courses (MOOCs)
  • Merupakan kursus pembelajaran atas talian (online) yang terbuka secara percuma.
  • Unit e-Pembelajaran mempunyai 49 kursus yang didaftarkan MOOCs setakat ini.
  • Memberi pendedahan kepada pelajar untuk mempelajari kursus berbentuk video, pengalaman berforum dan menyertai komuniti antara pensyarah dan pelajar.
  1. Open Courseware (OCW)
  • Berperanan untuk mendaftar kursus dan membuat penetapan profil untuk pelajar-pelajar.
  • Pelajar boleh memuat turun tugasan yang diberi oleh pensyarah.
  • Sebagai interaksi antara pelajar-pelajar dan pensyarah berkaitan kursus yang telah didaftarkan melalui forum interaktif.

Bahagian Pembangunan Akademik

Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education – OBE) merupakan proses yang melibatkan penstrukturan semula kurikulum, penilaian dan laporan dalam pendidikan. Ini bagi membolehkan para pelajar memperolehi pencapaian dan menguasai pembelajaran tahap tertinggi setiap semester tanpa menunggu sehingga memenuhi kredit program dan tamat pengajian di Universiti. Konsep OBE selalunya akan fokus kepada hasil pelaksanaan sesuatu program yang ditawarkan di Universiti.

  • Mengandungi 2 fungsi
  1. Ooutcome based Education (OBE) 
  • Dirangka sebagai satu mekanisme pentaksiran dan pelaporan pencapaian pelajar.
  • Satu mekanisme bersepadu pentaksiran, pelaporan pencapaian dan pembangunan pelajar yang mengambil kira peningkatan adab, keilmuan dan keupayaan mereka.
  • Pelaporan ini memperlihatkan pencapaian atribut yang dihasratkan melalui enam aspirasi pelajar dalam PPPM (PT) dan lapan domain hasil pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia.
  1. Mod Pengajian 2u2i
  • Program pembelajaran bersasaskan pekerjaan yang memberi pendedahan industri kepada pelajar di sepanjang pengajian 
  • Pelajar menghabiskan dua (2) tahun di Universiti dengan memberi tumpuan kepada aspek-aspek teori dan dua (2) tahun di industri bagi menimba pengalaman pembelajaran dalam industri. 
  • Bertujuan memupuk semangat keusahawanan melalui kerjasama akademik dan industri dengan pendekatan penyampaian secara Work-based Learning.

Bahagian Kualiti Akademik

  1. Dokumentasi
  • Membantu pusat tanggungjawab UniSZA dalam penyediaan dokumen kualiti. Melaksanakan aktiviti kawalan dokumen yang cekap dan berkesan.
  1. Audit Kualiti Dalaman
  • Merancang dan mengendalikan audit dalaman sistem pengurusan kualiti UniSZA sebagaimana keperluan standard MS ISO 9001:2008.
  • Menganalisi hasil audit dalaman sistem pengurusan kualiti UniSZA bagi mencari peluang dan ruang untuk penambahbaikan
  1. Latihan
  • Merancang dan menganjurkan aktiviti-aktiviti latihan berkaitan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di UniSZA.
  • Membantu pusat tanggungjawab UniSZA dalam aktiviti latihan berkaitan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di UniSZA.
  1. Kualiti Akademik
  • Membantu memberi khidmat nasihat serta berkongsi kepakaran dengan fakulti-fakulti serta lain-lain pusat tanggungjawab melaksana dan memantau aktiviti berhubung kualiti akademik dan bukan akademik.
  1. Maklum Balas Pelanggan & Penambahbaikan Berterusan
  • Menguruskan aktiviti maklum balas pelanggan UniSZA termasuk khidmat peti cadangan dan E-Maklum balas pelanggan Mengenalpasti peluang-peluang penambahbaikan dalam perkhidmatan akademik dan bukan akademik UniSZA.

Pelawat

We have 12 guests and no members online

Pautan Pantas

 

unisza2
portal

ekelip

livereport

borangaduan

MOOC2

pta2

apms

 

 


Muat turun Aplikasi Mobile KeLIP

kelipgoogleplay

Hubungi Kami


Pusat Pengurusan Kecemerlangan Akademik & Pengantarabangsaan (COMAEI)

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Kampus Gong Badak

21300 Kuala Nerus, Terengganu

Tel     : 09-668 7971/8309/8807

E-mail : aqel@unisza.edu.my